fbpx

Tiket jumpa Khabib hampir sold out

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas penganjur acara antarabangsa, Faith Event, Khairul Amar Razali (tengah) ketika sidang media 'Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia'.

KUALA LUMPUR – Kehadiran legenda seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov dalam satu majlis ‘LIVE in Malaysia’ di ibu negara pada 29 September ini mendapat sambutan hangat apabila kira-kira 50 peratus tiket telah habis terjual.

Pengasas penganjur acara berkenaan, Faith Event, Khairul Amar Razali berkata, bukan satu yang mudah untuk membawa Juara Lightweight UFC tersebut ke Malaysia kerana telah ‘memujuk’ Khabib sejak 2021 lagi.

“Untuk memujuk Khabib datang ke Malaysia ini tentunya tidak mudah dan jadualnya sangat sibuk, malah Khabib juga melatih ramai ‘fighter’ di bawah kelabnya sendiri iaitu Eagles. Jadi, nak dapatkan Khabib untuk datang ke Malaysia sangat sulit.

“Selepas itu kita cuba pada 2021, 2022 dan awal tahun 2024 pihak kami telah berjumpa dengan pengurusan Khabib di Dubai untuk menyatakan hasrat lebih serius untuk jemput dia datang ke Malaysia. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik dan pada 29 September ini Khabib akan datang ke Malaysia.

“Apa yang boleh saya katakan, Khabib sangat berminat datang ke Malaysia, lagipun Malaysia adalah terkenal dengan masyarakat Islam.

“Selain itu, dengan kehadiran Khabib juga kita lihat ini satu peluang untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia,” katanya pada sidang akhbar ‘Khabib Nurmagomedov Live In Malaysia 2024’ di sini hari ini.

Khabib dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihak penganjur turut mengatur lawatan beberapa tempat menarik untuk mempromosikan Malaysia.

Difahamkan, hanya terdapat 3,000 tempat duduk disediakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 29 September nanti dengan acara itu akan dihoskan oleh Alif Satar dengan menampilkan Johan Ghazali (Jojo) sebagai tetamu khas.

Kemasukan ke acara itu adalah melalui pembelian tiket bermula serendah RM159 (Dagestan, aras 6), RM259 (Undisputed, aras 5), RM399 (Send me location, aras 4 tengah/belakang), RM499 (The Eagle, aras 4 depan), RM1,699 (The Champion, aras depan dan temu mesra) dan RM1,699 bagi tempat duduk royal box dan temu mesra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI