fbpx

‘Saya tidak bercinta dengan Ebit’- Pengadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EBIT Lew semasa menghadiri perbicaraan kes ganggun seksual Mahkamah Majistret Tenom hari ini.

TENOM – “Saya tidak bercinta dengan Ebit Lew. Kalau saya sedang bercinta dengan Ebit, dia tidak perlu WhatsApp saya beratus-ratus untuk saya sambut panggilan dia,”.

Demikian keterangan pengadu yang juga saksi kesembilan semasa menjawab pertanyaan peguam bela, Datuk Ram Singh semasa sesi pemeriksaan balas yang mengandaikan pengadu sedang dilamun cinta.

Pengadu memberitahu Mahkamah Majistret di sini, sekiranya dia memang bercinta dengan Ebit Lew, pendakwah itu tidak perlu menghantar beratus mesej melalui WhatsApp hanya untuk memintanya menyambut panggilan telefon dan meminta gambar.

“Saya akan bagi (gambar) dengan sukarela. Kalau saya bercinta dengan Ebit Lew, saya sambut semua panggilan dia,” katanya.

Malah katanya, dia membalas mesej Ebit dengan perkataan ‘huhu’ ‘sudah macam orang bercinta’, maksudnya macam orang bercinta, namun bukan orang bercinta.

“Saya tulis mesej ‘huhu’ ‘sudah macam orang bercinta’ sebab teks daripada Ebit Lew, dia memaksa saya untuk sambut panggilan, suruh saya cakap perlahan-lahan semasa dia sedang menunggu penerbangan,” katanya.

Kata pengadu, dia menghantar mesej sebegitu kerana dia ingin menghentikan perbualan bersama Ebit kerana ketika itu Ebit sedang menunggu penerbangan.

“Pada masa itu saya ingin hentikan (perbualan). Niat saya hentikan supaya dia tidak telefon dan mesej saya lagi. Masa itu, dia jawab belum lagi hendak naik pesawat dan masih juga hendak mesej saya,” katanya.

Dalam pada itu, pengadu turut bersetuju dengan pertanyaan peguam bahawa cinta tidak akan berputik jika bertepuk sebelah tangan. Ia melibatkan perasaan dua orang.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew,38, berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI