fbpx

Keponakan usia 55 hari meninggal, Ayu Ting Ting ikut bersedih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYU TING TING

MASIH berduka dengan pemergian anak saudaranya yang baru berusia 55 hari, penyanyi Ayu Ting Ting terkilan apabila tidak meluangkan banyak masa dengan si kecil itu.

Bayi lelaki bernama Rayaz Zoltan Fachrizal adalah anak adiknya, Assyifa Nuraini yang menghembuskan nafas terakhir pada 31 Ogos lalu akibat dehidrasi.

Menurut Ayu, jadual kerja yang padat selain komited menghasilkan single baharu menuntutnya banyak menghabiskan di studio.

Bayi lelaki yang dilahirkan pada 7 Julai lalu itu difahamkan mengalami cirit-birit dan muntah sebelum dikejarkan ke hospital berikutan kondisinya yang semakin lemah.

Menurut Ayu, keadaan adiknya kini juga belum stabil selepas pengsan ketika pengebumian anaknya di Depok.

“Doakan adik saya kuat semangat. Ketika awal cirit-birit doktor maklumkan keadaan arwah okey dan kami bawa pulang.

“Selepas tiada perubahan, kami bawa dia ke hospital semula dan keadaannya makin teruk,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI