fbpx

Bintang Man. United merajuk, belum ‘move on’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASEMIRO (kanan) menjadi punca kekalahan United apabila dua kesilapannya membenarkan Liverpool menang di Old Traffrod kelmarin. - GB NEWS

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester United, Casemiro dikatakan berdepan fasa paling sukar dalam kariernya bersama pasukan itu selepas menjadi punca kekalahan 0-3 kepada Liverpool di Old Trafford kelmarin.

Dua kesilapan mudah bekas bintang Real Madrid itu di separuh masa pertama dimanfaatkan sepenuhnya Liverpool untuk meledak dua gol melalui Luis Diaz sebelum Mohamed Salah memastikan kemenangan dengan jaringan ketiga.

Kapten United, Bruno Fernandes menegaskan, mereka tidak menuding jari kepada Casemiro kerana kesilapan yang dilakukannya boleh terjadi kepada mana-mana pemain.

“Kami melakukan kesilapan yang membolehkan mereka (Liverpool) menjaringkan gol. Tak perlu untuk menyalahkan sesiapa kerana ia langsung tidak membantu hanya disebabkan satu atau dua kesalahan.

“Kenapa perlu salahkan Casemiro atau Kobbie (Mainoo) kehilangan bola? Mereka hilang bola disebabkan mereka berani untuk mengambil risiko. Ini bola sepak, sukan berpasukan, bukannya individu.

“Jujurnya Casemiro lebih berpengalaman daripada saya, dia tahu segala-galanya mengenai bola sepak. Dia pernah bermain dengan kelab terbaik dunia, tiada sebab untuk saya katakan dia salah dalam hal ini,” kata Fernandes.

Pengurus United, Erik ten Hag turut menafikan bahawa Casemiro meninggalkan Old Trafford selepas dikeluarkan di separuh masa kedua dan tampil mempertahankan tonggak berpengalaman Brazil itu yang akan kembali mempamerkan tahap terbaiknya.

“Saya berjumpa dengannya dalam bilik persalinan selepas tamat perlawanan. Dia mempunyai karakter yang bagus dan telah memenangi segala-galanya dalam dunia bola sepak.

“Saya percaya dia akan terus memberi sumbangan kepada pasukan kerana itulah dirinya yang sebenar,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI