fbpx

Verstappen bergelut atasi ‘monster’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN berdepan cabaran untuk mengawal jenteranya dengan baik hingga menjadi punca gagal menaiki podium GP Itali kelmarin. - AFP

MONZA, Itali – Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen mengakui jentera Red Bull kini telah menjadi ‘monster’ yang sukar dikendalikan selepas dia hanya mampu menamatkan Grand Prix (GP) Itali di Litar Monza pada kedudukan keenam kelmarin.

Verstappen mempamerkan prestasi cemerlang tahun lalu dengan memenangi 19 daripada 22 perlumbaan, tetapi kini berdepan kesukaran selepas gagal meraih kemenangan dalam enam penampilan berturut-turut.

Bagaimanapun, Verstappen masih memimpin carta teratas dengan kelebihan 62 mata di hadapan Lando Norris dari McLaren, namun pasukan lawan itu hanya ketinggalan lapan mata dalam perebutan gelaran pengeluar keseluruhan.

“Jentera kami pada tahun lalu sangat dominan dan hebat. Kini, ia telah berubah menjadi monster (raksasa) yang hampir tidak boleh dikendalikan.

“Kami berpindah dari jentera yang sangat dominan kepada kereta yang tidak boleh dikendalikan dalam tempoh enam hingga lapan bulan.

“Ini adalah situasi yang sangat mengejutkan bagi saya. Kami perlu segera memperbaiki keadaan ini,” kata Verstappen yang kecewa kerana dia pernah mencatat kemenangan dua kali berturut-turut di Monza pada 2022 dan 2023.

Dalam pada itu, Verstappen juga mengeluh tentang masalah enjin serta strategi pasukan yang dianggap kurang berkesan sekali gus dianggap punca menghalangnya untuk menawan Monza.

Perlumbaan tersebut dimenangi Charles Leclerc dari Ferrari selepas mengatasi dua pemandu McLaren, Oscar Piastri dan Lando Norris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN