fbpx

[VIDEO] Khairul Aming jamu roti jala, nasi lemak kepada PM New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan Luxon sedang menikmati roti jala yang disediakan Khairul Aming.

PETALING JAYA – Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming bertuah kerana terpilih untuk menyediakan sarapan pagi buat Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon sempena lawatan pemimpin itu ke negara ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Khairul Aming berkata, pertemuan dengan Luxon itu sebagai tanda penghargaan daripada pihak New Zealand untuk video memasak yang dibuat di negara berkenaan sebelum ini.

Jelasnya, lapan tahun lalu dia merakam video memasak pertama sambil duduk di atas lantai di rumah sewa.

“Hari ini, saya mendapat keistimewaan untuk duduk di sebelah Perdana Menteri sebuah negara yang terkenal. Teruskan kerja keras, anda akan kagum bagaimana hidup ini boleh membawa anda,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Pada pertemuan itu juga, Khairul Aming memberitahu dia turut memperkenalkan menu sarapan pagi orang Malaysia kepada Luxon iaitu roti jala, nasi lemak dan teh tarik selain daripada pelbagai kuih tradisional.

Malah katanya, dia sempat bertukar pendapat mengenai sektor pelancongan antara kedua-dua negara.

“Selain itu, kami turut berkongsi berkenaan perdagangan eskport daging halal, produk tenusu, pemuliharan alam semula jadi dan potensi eksport produk PKS (perusahaan kecil dan sederhana) tempatan ke New Zealand,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI