fbpx

Kes pemerdagangan orang: MHO serah dokumen utama kepada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin bersama dokumen yang diserahkan kepada pihak polis ketika meberikan keterangan di Menara KPJ, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan beberapa dokumen kepada pihak polis berhubung kes pemerdagangan manusia di Myanmar didakwa mengaitkan seorang ahli politik dan suami.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, serahan membabitkan tiga dokumen utama selain beberapa laporan keluaran ‘United States Institute Of Peace’ dilakukan ketika diambil keterangan hari ini.

Katanya, laporan itu telah disiarkan secara dalam talian dan boleh dilihat umum sekali gus menjadikan pendedahan dibuat hanyalah satu rahsia terbuka.

Tambah beliau, di dalam laporan tersebut turut menulis penglibatan rakyat Malaysia di dalam sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

“Antara dokumen lain yang diserahkan adalah pembabitan sebuah syarikat dikaitkan dengan Dongmei Group didaftarkan di Hong Kong.

“Agak tidak jelas sekiranya laporan sudah keluar dan kita lewat melakukan siasatan. Kami adalah persatuan yang membawa isu pemerdangan manusia sejak 2021 dan sudah membawa pulang lebih 300 mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Jelas beliau, polis juga digesa siasat dan merujuk pembabitkan Dongmei Group kerana telah disekat oleh Amerika Syarikat.

“Kami berharap siasatan dijalankan tidak terpilih dalam kes sindiket pemerdaganan manusia ini. Fokus kita adalah dapat menjurus ke arah warganegara yang terlibat.

“Sekiranya ada dalang di dalam negara ini, sampai bila-bila kes pemerdagangan orang ini tidak akan selesai,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya sudah menjalankan tanggungjawab sebaik yang boleh untuk pihak polis menjalankan siasatan.

“Kita harap satu siasatan dapat diambil dan berharap kes ini dapat ditangani dengan segera,” ujarnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis masih mengesan beberapa penulis artikel dari negara jiran dan seorang individu bergelar ‘Datuk Seri’ yang dikaitkan kes itu untuk diambil keterangan.

Sebelum ini, MHO mendedahkan pembabitan seorang ahli politik di negara ini bersama suaminya, membabitkan sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Malah, MHO turut menyerahkan laporan pembabitan ahli politik itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI