fbpx

Penoreh getah didakwa tetak warga emas diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Suhardi (tengah) yang didakwa menetak seorang lelaki warga emas dengan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Gerik minggu lalu, diarahkan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri. -Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

TAIPING – Penoreh getah yang didakwa menetak seorang lelaki warga emas dengan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Gerik minggu lalu, diarahkan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.

Hakim Nabisha Ibrahim mengeluarkan arahan tersebut selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Yan Ni ke atas tertuduh, Muhammad Suhardi Din, 54, dalam prosiding di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Yan Ni membuat permohonan tersebut mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah agar tertuduh dihantar untuk menjalani pemeriksaan mental.

“Permohonan untuk merujuk tertuduh menjalani pemeriksaan mental selepas pegawai penyiasat memaklumkan lelaki itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah sepanjang siasatan dijalankan.

“Malah, status kesihatan mental lelaki itu juga dipercayai tidak sihat,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Suhardi yang tidak diwakili peguam itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Omar Besar, 68, menggunakan sebilah parang.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Tasik Ganda, Temenggor dalam daerah Gerik, pada pukul 3.20 petang, 27 Ogos 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI