fbpx

Musim paling malang Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL melalui musim terburuk apabila mereka mampu untuk berada pada kedudukan kelapan sahaja berbaki satu lagi perlawanan selepas tewas mengejut kepada Villa awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Arsenal bakal menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan rekod terburuk dalam tempoh 25 tahun selepas tewas mengejut kepada Aston Villa dengan keputusan 0-1 dalam saingan di Stadium Villa Park awal pagi semalam.

Keputusan itu menyaksikan skuad The Gunners bakal menduduki tangga kelapan hingga ke-10 liga ketika saingan berbaki satu perlawanan dengan aksi bertemu Watford di Stadium Emirates pada Ahad ini.

Sebagai rekod, Arsenal pernah menduduki tangga ke-12 EPL pada musim 1995 ketika dikendalikan oleh George Graham.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata, kekalahan ke atas Aston Villa itu merencatkan momentum pasukan selepas mempamerkan aksi berkelas tinggi dengan menundukkan Liverpool dalam saingan liga dan menyingkirkan Manchester City pada aksi separuh akhir Piala FA minggu lalu.

“Aksi yang dipamerkan oleh pasukan secara keseluruhan agak mengecewakan kerana kami tidak sepatutnya kalah pada perlawanan ini. Namun, saya tidak boleh menyalahkan pemain kerana mereka telah memberi komitmen penuh.

“Mungkin ada dalam kala­ngan mereka sudah penat ke­rana mengharungi jadual padat dan saya percaya mereka mahu meneruskan momentum kemenangan. Namun, keputusan tidak berpihak kepada kami ke­rana jaringan set piece pasukan lawan,” katanya.

Mengulas lanjut, Arteta me­ngakui agak terkilan kerana Arsenal tidak berjaya menamatkan saingan dalam kelompok enam pasukan terbaik sekali gus mencabar pasukan untuk bangkit pada saingan musim depan.

“Kedudukan musim ini tidak bagus untuk kelab seperti Arsenal. Dalam masa yang sama, ini adalah cabaran buat pemain supaya berusaha lebih keras musim depan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI