fbpx

KBS laksana langkah tambahan pematuhan SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SETIAP penganjur kejohanan atau pertandingan sukan perlu mendapat kebenaran PJS sebelum penganjuran kejohanan berkenaan dapat diadakan. – Gambar hiasan

KEMENTERIAN Belia dan ­Sukan (KBS) bakal melaksanakan ­beberapa langkah tambahan bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan fasa kelima sektor sukan dan rekreasi berjalan lancar.

Menurut kenyataan KBS, setiap penganjur kejohanan atau pertandingan sukan perlu mendapat kebenaran menerusi Pesuruhjaya Sukan (PJS) sebelum penganjuran kejohanan ber­kenaan dapat diadakan.

“Keputusan itu adalah bagi menggerakkan ekonomi dengan membenarkan industri sukan, pengusaha fasiliti sukan dan rekreasi dapat beroperasi semula dan kejohanan dianjurkan di pe­ringkat tempatan dan peringkat antarabangsa mengikut SOP de­ngan model gelembung.

“Namun, penganjur perlu meminta kebenaran PJS selain bertanggungjawab dengan memberikan jaminan bertulis serta mewujudkan skuad pemantau untuk menasihati pematuhan SOP sepanjang kejohanan dilangsungkan,” kata KBS dalam satu kenyataan

Sementara itu, KBS turut menegaskan peserta atau petugas sesuatu kejohanan bagi kategori sukan berpasukan dan sukan tempur dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), perlu menjalani ujian swab RTK Antigen.

Malah, KBS menegaskan kebenaran masuk peserta warga asing untuk menyertai sebarang kejohanan antarabangsa perlu mendapat pengesahan atau sokongan pihak kementerian selain kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia atau One Stop Centre (OSC) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Bagaimanapun, aktiviti sukan yang sudah dibenarkan bermula semalam tetap perlu dilangsungkan tanpa penonton kerana kelonggaran kehadiran penonton ke venue pertandingan hanya dibenarkan bermula bulan depan.

“Kebenaran secara umumnya adalah bagi semua aktiviti sukan dan rekreasi termasuklah penganjuran kejohanan sukan tempatan tanpa penonton di kawasan PKPP dan PKPB bermula 1 Januari 2021.

“Sementara itu, penganjuran kejohanan sukan tempatan de­ngan penonton dan kejohanan sukan antarabangsa bermula 1 Februari tertakluk kepada pe­ngumuman semasa oleh kerajaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI