fbpx

Park Hang-seo tunggu tawaran FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANG-SEO (kanan) mempunyai reputasi cukup hebat ketika mengendalikan Vietnam dari 2017 hingga 2023. - AFP

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) wajib mengemukakan tawaran kepada Park Hang-seo sekiranya benar-benar berminat untuk mendapatkan khidmat jurulatih itu.

Ejen jurulatih dari Korea Selatan itu, Lee Dong-jun berkata, pihaknya terbuka untuk melakukan rundingan dengan FAM supaya Hang-seo dapat bersedia mempertimbangkan tawaran itu.

“Jika mereka mahukan Park (Hang-seo), Malaysia mesti membuat tawaran. Kemudian saya akan berbincang dengannya untuk pertimbangkan tawaran berkenaan.

“Saya mahu mengesahkan bahawa tiada sebarang cerita mengatakan Park berkata dia mahu ke Malaysia untuk mendapatkan jawatan tiu,” kata Dong-jun yang dipetik menerusi laporan VnExpress.

Sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya telah dihubungi beberapa ‘nama besar’ yang ingin menggantikan tempat ditinggalkan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.

Transformasi pernah dilakukan Hang-Seo bersama skuad kebangsaan Vietnam sebelum ini menjadikan namanya sebagai jurulatih disegani di Asia Tenggara dan sering menarik minat banyak negara di rantau ini.

Sebagai rekod, Hang-seo ketika ini menjadi penasihat bagi kelab divisyen dua Vietnam, Bac Ninh FC.

Ketika dibawah kendaliannya, Hang-seo pernah memacu Vietnam muncul naib juara Kejuaraan AFC bawah 23 tahun (B-23) 2018, memenangi Piala AFF 2018 dan menjadi wakil tunggal ASia Tenggara mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI