fbpx

Penduduk jamu tuak kepada kumpulan tabligh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kumpulan itu menikmati tuak yang disajikan oleh penduduk tempatan. - Tribun-video

JAKARTA – Beberapa penduduk di Pinrang, wilayah Sulawesi Selatan mengundang kecaman ramai gara-gara menyajikan air tuak kepada kumpulan jemaah tabligh dari Pakistan, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @interaktive_, salah seorang lelaki dilihat menuang tuak di dalam cawan. 

Dia kemudian memberikan minuman itu kepada mereka tanpa rasa bersalah. 

“Manis, cuba minum encik,” kata seorang lelaki di dalam video itu. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan menerima kecaman, sebelum ketiga-tiga penduduk tersebut tampil memohon maaf atas perbuatan mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI