fbpx

EPL: Baru tiga aksi, masih boleh menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG (kiri) berharap para peminat terus bersabar kerana yakin United mampu menjuarai satu trofi musim ini. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mahu semua orang menerima hakikat bahawa beliau tidak memiliki magis untuk mengubah pasukan dalam sekelip mata.

Selepas tewas 0-3 kepada Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford awal pagi semalam, pengurus dari Belanda itu menjelaskan adalah sukar untuk membina pasukan lebih kukuh ketika beliau sedang melakukan pembaharuan ke dalam kelab.

Bagaimanapun, Ten Hag masih tetap memberikan harapan kepada para penyokong The Red Devils bahawa kelab itu masih mempunyai harapan besar untuk memenangi piala musim ini.

“Saya bukan Harry Potter. Ini baru perlawanan ketiga musim ini dan kami perlu membina pasukan baharu.

“Saya sering jelaskan perkara ini, kami sedang membina pasukan dan memiliki ramai pemain muda. Kali ini kami ada tiga pemain yang baharu kali pertama berada di kesebelasan utama.

“Agak jelas kami perlu tingkatkan lagi prestasi hingga akhir musim ini tetapi saya kekal yakin bahawa kami ada peluang besar untuk menjulang satu lagi trofi,” katanya.

Bintang veteran United, Casemiro menjadi topik utama perlawanan selepas dua kesilapannya membolehkan Luis Diaz meledak jaringan buat Liverpool selain satu lagi jaringan dihasilkan oleh Mohamed Salah.

Bintang baharu United, Manuel Ugarte turut hadir menyaksikan perlawanan di tempat duduk penonton dan Ten Hag menjelaskan pemain tengah bertahan daripada Paris Saint-Germain itu masih memerlukan masa untuk berada dalam pasukan.

“Kami perlu ‘bina’ Ugarte ke dalam pasukan dan ia akan mengambil masa. Inilah yang kami perlu akui kerana jika kamu lihat Ugarte tidak memiliki banyak minit permainan dan sekarang perlu membina semula tahap kecergasannya,” jelas Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI