fbpx

Dua gudang gaji PATI digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pekerja asing yang ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan gudang di Jalan Kebun, Shah Alam hari ini. Foto oleh NURUL NAJWA HASRAN/KOSMO!

SHAH ALAM – Tindakan dua syarikat menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) lebih setahun lalu memakan diri apabila gudang mereka di Jalan Kebun di sini, digempur pihak berkuasa hari ini.

Serbuan tersebut dibuat kira-kira pukul 12 tengah hari dengan segelintir PATI cuba meloloskan diri dengan bersembunyi di dalam stor dan tandas sebelum membawa penahanan 37 PATI termasuk wanita.

Difahamkan syarikat itu menawarkan gaji berjumlah RM65 sehari kepada pekerja bagi pembungkusan dan penghantaran barangan jualan sebuah platform e-dagang terkemuka.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat dan risikan pihaknya mengenai perlanggaran peraturan imigresen di gudang tersebut.

Katanya, kesemua 37 PATI tersebut melibatkan warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Nepal dan Sri Lanka berusia 20 hingga 40 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta tinggal lebih masa di negara ini.

“Selain itu, majikan atau dua syarikat itu melalukan kesalahan melindungi imigran haram dengan menggaji mereka tanpa pas yang sah,” katanya di lokasi serbuan hari ini.

Tambah Jafri, kesemua PATI itu dibawa ke Depot Tahanan Jabatan Imigresen termasuk urusan dokumentasi dengan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI