fbpx

FA England gantung aksi Cavani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVANI terpaksa menjalani hukuman penggantungan tiga perlawanan selepas FA England memutuskan ucapannya itu berbaur perkauman. – AFP

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Edinson Cavani menerima keputusan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England yang mengenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan terhadapnya.

Hukuman tersebut dikenakan selepas dia memuat naik satu perkongsian di laman sosial Twitter yang dianggap berbaur perkauman tetapi pemain antarabangsa Uruguay itu tetap dengan pendirian yang menyatakan dirinya tidak bersalah.

Perkataan ‘Gracias Negrito’ menyebabkan Cavani juga didenda sebanyak £100,000 (RM550,000) tetapi dia enggan mencabar hukuman berkenaan.

“Saya tidak mahu memanjangkan lagi isu ini yang membuatkan saya berada dalam keadaan tidak selesa. Saya menerima hukuman ini dan mengakui masih belum biasa dengan budaya dan bahasa masyarakat di sini.

“Saya memohon maaf sekiranya ucapan itu membuatkan ada pihak yang tidak menyenanginya walaupun ia adalah ucapan biasa untuk rakan-rakan saya. Sesiapa yang mengenali saya akan tahu bagaimana saya menghormati semua orang.

“Saya menghargai sokongan daripada banyak pihak. Hati saya kini berasa tenang dan saya tahu apa yang saya lakukan sebelum ini adalah berdasarkan budaya dan cara hidup saya,” katanya.

Hukuman itu menyaksikan Cavani terlepas aksi menentang Aston Villa, Manchester City dan Watford sambil United dalam satu kenyataan berterima kasih kepada FA England kerana mengenakan hukuman yang minimum ekoran kesalahan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI