fbpx

Leclerc puas hati prestasi sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC mengakui sangat berpuas hati dengan prestasinya sepanjang musim lalu biarpun Ferrari berdepan masalah besar. – AFP

LONDON – Meskipun Ferrari dilihat bergelut dengan prestasi jentera, namun pelumba mereka, Charles Leclerc mengakui tahun 2020 merupakan aksi terbaiknya dalam karier perlumbaan Formula Satu (F1).

Musim 2020 merupakan tahun ketiga Leclerc dalam kancah perlumbaan F1 dan mempamerkan aksi yang cukup baik jika dibandingkan dengan rekod perlumbaan rakan sepasukannya, Sebastian Vettel.

Ferrari mengakui musim 2020 adalah prestasi terburuk yang dicatat mereka selepas sekadar menduduki tempat keenam keseluruhan apabila gagal meraih sebarang kemenangan kecuali tiga podium.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, Leclerc menganggap 2020 sebagai musim terbaiknya selepas berjaya mengharungi era kejatuhan Ferrari dalam perlumbaan F1 dengan baik.

“Bagi saya, tahun 2020 adalah musim terbaik saya dalam saingan F1. Saya rasa apa yang telah saya tunjukkan di litar adalah yang terbaik dan sangat gembira dapat melakukannya.

“Saya telah mengambil risiko dan sebahagian besar berakhir dengan keputusan yang positif sekali gus mampu meraih jumlah mata buat pasukan.

“Jika melihat pada sudut yang lain, bagi saya musim ini sangat baik terutama dengan prestasi sendiri. Oleh itu, saya sangat gembira dan berharap musim depan kami dapat memberikan persembahan yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Leclerc turut kagum dengan usaha kerja keras pasukannya dan akhirnya jentera Ferrari dilihat terdapat sedikit peningkatan pada akhir musim perlumbaan 2020.

“Selepas ujian Barcelona, kami lihat terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan. Pasukan bekerja keras untuk mendapatkan pelarasan yang cukup sempurna dan akhirnya terdapat peningkatan kecil pada jentera,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI