fbpx

Isteri fail cerai, Alif Teega tenang fokus urus kebajikan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tenang berdepan ujian hidup, Alif fokus dengan perniagaan dan kebajikan anak-anak.

PETALING JAYA – Seakan-akan lali berdepan kontroversi, pempengaruh Alif Teega berkongsi aktiviti seharian bagai tiada apa-apa yang berlaku selepas berita isterinya, Aisyah Hijanah memfailkan permohonan perceraian hangat diperkatakan.

Dilihat lebih selesa tidak mengulas isu peribadi dalam laman sosialnya, hantaran ahli perniagaan terbabit tertumpu kepada perkembangan bisnes selain tugas menguruskan anak-anak.

Menerusi Insta Story, Alif dilihat sibuk mendandan seorang anaknya sambil bertanya kepada netizen mengenai kaedah atau produk yang bagus untuk meluruskan rambut kerinting.

Pada hantaran lain, bapa kepada tiga cahaya mata itu turut berkongsi persiapan pembukaan butik baharunya yang difahamkan di Bangi.

Terdahulu, isterinya Aisyah Hijanah Azhari memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor sekitar Ogos lalu.

Bagaimanapun, pempengaruh berusia 26 tahun itu enggan berkongsi lebih lanjut mengenai punca berbuat demikian ketika hubungannya dengan suami tampak bahagia.

Aisyah dan Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani berkahwin pada 25 November 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

Rumah tangga pasangan itu menjadi perhatian apabila Alif menikahi wanita dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand pada 18 November tahun lalu ketika Aisyah sarat hamil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI