fbpx

Lelaki aktif ‘hiking’ maut ketika mendaki Bukit Galing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa mangsa turun daripada Bukit Galing di Kuantan semalam.

KUANTAN – Seorang pemandu sebuah syarikat logistik menemui ajal selepas tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti ‘hiking’ di Bukit Galing di sini semalam.

Mangsa, Mohamad Zakaria Ahmad, 32, disahkan meninggal dunia pada pukul 7.10 petang ketika dibawa turun oleh pasukan bomba melalui laluan curam yang mengambil masa kira-kira tiga jam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama dengan tiga rakannya mula mendaki Bukit Galing pada pukul 9 pagi.

“Apabila sampai di puncak bukit kira-kira pukul 11 pagi mangsa mengadu sesak nafas dan meminta bantuan pendaki lain yang kemudiannya menghubungi pasukan penyelamat.

“Pada pukul 1.10 tengah hari pihak bomba sampai di tempat kejadian dan bantuan awal oksigen diberikan kepada mangsa yang masih lemah dan ketika dalam perjalanan turun ke kaki bukit mangsa mengadu sakit di bahagian dada dan seterusnya tidak sedarkan diri,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa yang masih bujang tidak mempunyai sejarah penyakit dan aktif dalam aktiviti ‘hiking’.

Tambahnya pemeriksaan awal yang dijalankan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI