fbpx

Faktor cuaca punca nahas helikopter bekas Presiden Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi. - AFP

TEHRAN – Siasatan rasmi ke atas nahas helikopter yang mengorbankan bekas Presiden Iran, Ebrahim Raisi bersama tujuh yang lain pada Mei lalu, mendapati ia berpunca daripada keadaan iklim dan atmosfera yang mencabar, lapor saluran berita CNN. 

“Laporan akhir Lembaga Tertinggi Staf Am Angkatan Tentera Iran menyatakan punca utama helikopter itu terhempas adalah disebabkan keadaan iklim yang kompleks di rantau tersebut. 

“Rantau itu mengalami musim bunga (ketika insiden),” kata stesen televisyen pemerintah. 

Laporan itu juga mendedahkan tentang kemunculan kabus tebal secara tiba-tiba, ketika helikopter berkenaan terhempas di kawasan pergunungan. 

Bagaimanapun, tiada tanda-tanda sabotaj pada bahagian atau sistem helikopter itu.

Raisi meninggal dunia bersama tujuh yang lain, termasuk bekas Menteri Luar, Hossein Amirabdollahian dalam nahas helikopter di barat laut Iran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI