fbpx

Hujan lebat di Johor, Pantai Timur malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang akan melanda empat negeri sehingga 9 malam hari ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Terengganu.

“Antara kawasan yang terlibat adalah Dungun dan Kemaman sementara di Pahang pula melibatkan tempat di Pekan dan Rompin.

“Cuaca sama turut melanda beberapa kawasan di Johor iaitu Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” lapor MetMalaysia.

Di samping itu, Sabah juga menerima hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di Sandakan (Telupid dan Sandakan).

Sementara itu, MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI