fbpx

[VIDEO] ‘Atas aman, bawah menghakis sedikit demi sedikit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan lubang benam yang dikatakan berlaku di Raja Laut, Kuala Lumpur

PETALING JAYA – Satu kejadian dipercayai lubang benam (sink hole) berlaku di kawasan pejalan kaki di Jalan Raja Laut di ibu negara baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan pengguna TikTok @Amy Montana menerusi video yang menunjukkan terdapat aliran air di dalam lubang tersebut.

“Asal banyak kes macam ni sekarang,” katanya.

Menurut Amy Montana, dia sudah membuat laporan berhubung perkara berkenaan kepada pihak berwajib.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata risau dengan keadaan sekitar Kuala Lumpur susulan banyak kejadian tanah jerlus dilaporkan sejak keelakangan ini.

“Takutnya nak pergi Kuala Lumpur,” kata Steven Ng.

“Aku rasa ada kena mengena dengan Kuala Lumpur banjir hari itu,” ujar Thekuli1987.

“Atas aman, bawah menghakis sikit demi sedikit,” jelas Gorgoroth.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang wanita warganegara India hilang selepas terjatuh akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, satu lagi kejadian mendapan tanah dilaporkan berlaku kira-kira 50 meter daripada kawasan tanah jerlus terbabit. – KOSMO! ONLINE

@amybudakbaik #tanahmendap #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #4u #kl ♬ original sound – Myko Mañago

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI