fbpx

Khedira tukar angin ke England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHEDIRA mahu melengkapkan perjalanan kariernya untuk beraksi dalam empat liga utama Eropah dengan mewakili pasukan di England selepas ini. – AFP

TURIN – Pemain tengah ve­teran Juventus, Sami Khedira mengakui sudah bersedia untuk mencari angin baharu de­ngan beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali dalam karier­nya selepas jendela perpindahan dibuka secara rasmi semalam.

Sebagai rekod, kontrak Khedira bersama skuad The Old Lady hanya berbaki enam bulan dan bekas pemain antarabangsa Jerman itu sudah dibenarkan berbincang dengan mana-mana pasukan di luar Itali bagi menentukan masa depannya.

Difahamkan, beberapa pa­sukan EPL seperti Tottenham Hotspur dan Everton berminat untuk mendapatkan khidmat Khedira yang gagal membuat sebarang kemunculan kompetitif buat skuad kendalian Andrea Pirlo musim ini.

Situasi ini kerana Khedira pernah bekerjasama dengan pengurus pasukan Spurs, Jose Mourinho dan Everton, Carlo Ancelotti sewaktu mewakili pa­sukan Real Madrid sebelum ini.

Kata Khedira, beraksi dalam pentas EPL sememangnya menjadi impiannya dalam melengkapkan pengalaman beraksi di empat saingan liga utama Eropah selepas Bundesliga, La Liga dan Serie A.

“Saya memang minat de­ngan saingan EPL kerana kepantasan permainan serta taktikal yang cukup agresif dan fizikal. Justeru, jika ada tawaran daripada mana-mana pasukan di England untuk mendapatkan khidmat saya, mungkin saya akan terima tanpa ba­nyak soal.

“Apa yang pasti, saya masih mahu menghormati baki kontrak bersama Juventus meskipun diakui agak kecewa kerana tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama musim ini,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI