fbpx

KDN beri amaran kepada penyebar berita dakwa KL tidak selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin

KUALA NERUS – Orang ramai digesa agar tidak menyebarkan berita palsu insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India yang dikhuatiri boleh menimbulkan keresahan awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia termasuk penularan di media sosial yang mendakwa Kuala Lumpur tidak selamat ekoran kejadian itu dan berpotensi berlakunya lubang benam lebih besar.

“Tatkala kejadian tanah jerlus ini, beberapa berita palsu telah dikesan. Ia boleh menjejaskan emosi serta perasaan keluarga mangsa, lebih-lebih lagi dakwaan Kuala Lumpur bukan lagi bandar selamat dibuat tanpa sumber sahih.

“Saya gesa hentikan perbuatan ini dan tidak teragak-agak ambil tindakan tegas kepada mereka yang sebar berita palsu ini,” katanya ketika ditemui pada program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) Penyerahan di Kampung Baru Pulau Redang dekat sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial mendakwa kononnya Kuala Lumpur kini berstatus paling tidak selamat dan berpotensi berlaku lebih banyak lagi kejadian tanah jerlus sepeti yang menimpa seorang wanita warga India di Jalan Masjid India baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI