fbpx

Satu stereng RM70

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Shalihin menghias stereng kereta salah seorang pelanggannya di Jerteh, Besut semalam.

BESUT – Seorang pemuda me­raih pendapatan lumayan apabila khidmat menghias stereng yang diusahakan sejak dua bulan lalu semakin mendapat permintaan di pantai timur.

Muhammad Shalihin Hashim, 24, berkata, perkhidmatan itu dilakukan secara terus di rumah pelanggan di sekitar daerah ini dan Kelantan.

Katanya, dia mencuba nasib sebagai penghias stereng selepas kehilangan kerja sebagai penyelia sebuah kedai detailing kenderaan.

“Ia berpotensi kerana per­khidmatan itu kian popular di ibu negara, namun masih baharu di pantai timur khususnya Terengganu dan Kelantan.

“Saya belajar teknik menjahit sarung stereng menerusi YouTuber sebelum meningkatkan kemahiran dengan ibu yang juga tukang jahit,” katanya ketika ditemui di Jerteh di sini.

Menurut Muhammad Shalihin, pada mulanya dia menghias stereng kereta ahli keluarga sebelum mengambil tempahan luar pada Jun lalu.

Tambahnya, dia telah menyiapkan lebih 200 tempahan dalam tempoh dua bulan dan kebiasaannya mampu membuat enam tugasan sehari.

“Saya semakin cekap dan mampu menyiapkan satu tempahan dalam tempoh 20 minit berbanding dua jam pada peringkat awal,” katanya.

Ujar Muhammad Shalihin, dia mengenakan caj antara RM50 hingga RM70 bagi setiap perkhidmatan menghias stereng kereta mengikut jenis kenderaan.

“Caj pengangkutan pula dikenakan antara RM10 dan RM60 mengikut jarak.

Dia berada di Jerteh dalam tiga hari seminggu dan bakinya akan membuat tugasan di daerah lain termasuk di Kelantan mengikut permintaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI