fbpx

EPL: Figura Arteta pikat Sterling ke Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING memilih untuk ke Arsenal dengan status pinjaman untuk kembali bekerjasama dengan Arteta. - FB ARSENAL

LONDON – Pemain sayap Chelsea, Raheem Sterling kembali membentuk kerjasama dengan Mikel Arteta apabila menoktahkan perpindahan dengan menyertai Arsenal secara pinjaman.

Selepas tidak berada dalam perancangan pengurus The Blues, Enzo Maresca, Sterling menganggap keputusan berhijrah ke Emirates adalah sesuatu yang tepat buat dirinya.

“Perasaan saya sukar untuk digambarkan dan ia begitu mengujakan. Semua ini adalah begitu sesuai buat diri saya,” kata tonggak antarabangsa England itu.

Sejak menyertai Chelsea dari Manchester City pada Julai 2022, Sterling yang juga bekas pemain Liverpool melakukan 81 penampilan dan menjaringkan 19 gol.

Walaupun turut dikaitkan dengan penghijrahan ke Manchester United, Sterling lebih memilih The Gunners sekaligus membolehkannya kembali bekerjasama dengan Arteta seperti semasa kedua-duanya berada di Etihad.

“Saya sudah bercakap dengan Pengarah Sukan, Edu dan saya berkata yang dia boleh lihat keserasian pasukan sejak Mikel mengambil alih pasukan.

“Kita boleh lihat keazaman untuk raih kejayaan dan saya akan terus mengatakan perkara sama. Kebersamaan adalah sesuatu yang saya mahukan dan saya ingin jadi sebahagian daripadanya,” jelas Sterling. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI