fbpx

Serie A: Fasa baharu karier McTominay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCTOMINAY membuat keputusan menyertai Napoli demi mendapatkan minit permainan yang lebih berbanding di United. - FB NAPOLI

NAPLES – Pemain antarabangsa Scotland, Scott McTominay mengakhiri 22 tahun karier bersama Manchester United selepas melengkapkan perpindahan ke kelab Serie A, Napoli awal pagi semalam.

McTominay yang berusia 27 tahun menerima tawaran Napoli selepas kelab kendalian Antonio Conte itu bersetuju untuk mengeluarkan dana sebanyak €30.5 juta (RM122.7 juta) dengan tawaran kontrak selama empat tahun.

McTominay yang sudah bersama sistem akademi United sejak berusia lima tahun sebelum membuat debut bersama skuad utama pada musim 2017 mengakui perasaannya bercampur baur apabila terpaksa keluar daripada gelanggang keramat Old Trafford.

Kata McTominay, keputusan untuk berhijrah dibuat demi kebaikan kariernya selepas jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad kendalian Erik Ten Hag sejak musim lepas.

“Saya sangat gembira apabila dapat memiliki peluang menyarung jersi United, tetapi sekarang adalah masa untuk saya terus pandang ke depan dengan mencari fasa baharu dalam karier.

“Saya menyahut cabaran untuk mewakili Napoli dan harap dapat memberikan yang terbaik nanti. Namun, saya tetap memantau prestasi United dan harap mereka terus mencapai kejayaan selepas ini,” katanya.

Selain McTominay, Napoli turut melengkapkan perpindahan seorang lagi pemain seorang lagi pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mewakili Brighton, Billy Gilmour dengan nilai perpindahan keseluruhan €17 juta (RM81.2) juta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI