fbpx

Terbuka AS: Djokovic gagal pertahan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC terpaksa akur tersingkir di pusingan ketiga Terbuka AS selepas tewas kepada Popyrin. - US OPEN

NEW YORK – Harapan pemain No. 2 dunia, Novak Djokovic untuk menjuarai Grand Slam pada kali ini lebur selepas tewas kepada Alexei Popyrin pada pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Arthur Ashe tersebut, Djokovic terpaksa akur dengan kekalahan 6-4, 6-4, 2-6, 6-4 kepada Popyrin yang diletakkan sebagai pilihan ke-28 kejohanan kali ini.

Popyrin mengakui agak bertuah selepas berjaya menjinakkan Djokovic sekali gus membalas dendam ke atas kekalahan pada dua lagi kejohanan bertaraf Grand Slam, Terbuka Australia dan Kejuaraan Wimbledon tahun ini.

“Saya rasa ini tuah buat kali ketiga buat saya. Sudah tentu saya gembira kerana dapat bersaing sengit dengannya pada dua kejohanan lepas tetapi tidak bernasib baik apabila tewas.

“Kali ini, saya sudah belajar daripada kesilapan dan harap melangkah jauh pada pusingan seterusnya nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN