fbpx

‘Sangkut selama-lamanya’ – Noor Nabila doa Sharnaaz kahwin cepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas isteri Sharnaaz, Noor Nabila mendoakan agar pelakon itu segera bertemu jodoh.

PETALING JAYA – Sempena ulang tahun kelahiran ke-39 pelakon Sharnaaz Ahmad, kakak kepada selebriti Neelofa yang juga usahawan, Noor Nabila mendoakan bekas suaminya itu agar kembali dipertemukan jodoh dalam tempoh terdekat.

Menurut Nabila, doa tersebut dititipkan selepas melihat anak tunggal mereka iaitu Jebat Jayden sangat menanti-nantikan detik untuk memiliki seorang adik.

“Selamat hari lahir Sharnaaz. Saya doakan tahun ini lebih baik dan indah untuk awak.

“Saya juga doakan awak dipanjangkan umur, sihat bahagia dan semoga cepat kahwin baru sebab Jayden tidak sabar untuk menjadi seorang abang,” katanya dalam Instagram.

Menerusi hantaran sama, dia turut berbangga kerana Jayden memiliki seorang bapa yang bertanggungjawab dan sanggup melakukan apa sahaja untuk seorang anak.

“Terima kasih menjadi seorang bapa yang hebat dan sanggup melakukan apa sahaja untuk Jayden.

“Terima kasih juga kerana menjadi seorang sahabat yang baik untuk saya memandangkan akan ‘sangkut’ bersama selama-lamanya.

“Itu semua adalah untuk menjadi ibu bapa untuk Jayden dan memiliki waktu yang hebat. Insya-Allah kita boleh lakukan,” ujarnya.

Untuk rekod, Noor Nabila dan Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI