fbpx

EPL: Sam Johnstone ‘benteng kebal’ baharu Wolves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johnstone sebelum ini pernah mewakili kelab ternama seperti Manchester United dan Aston Villa.

LONDON – Pengalaman luas menjadi taruhan utama buat Wolverhampton Wanderers yang berjaya merekrut penjaga gol baharu, Sam Johnstone daripada Crystal Palace.

Perpindahan itu babitkan nilai £10 juta(RM56.7 juta) dengan ikatan kontrak selama empat tahun.

“Adalah sesuatu yang bagus untuk kami memiliki pemain berpengalaman di Liga Perdana Inggeris.

“Kami mencari keseimbangan dalam setiap pelaburan yang kami lakukan,” ata Pengarah Sukan Wolverhampton, Matt Hobbs.

Perpindahan ini juga tercetus selepas kegagalan Wolverhampton untuk cuba mendapatkan Aaron Ramsdale yang kini sah bakal menyarung jersi Southampton.

Johnstone yang sering memaaskan bangku simpanan Palace kini pastinya mengharapkan musim lebih baik bersama Wolverhampton.

“Hari baharu, nombor juga baharu,” jelas Johnstone menerusi akaun media sosialnya.

Johnstone memulakan kariernya di Manchester United dan sudah pun memiliki empat kaps bersama skuad kebangsaan England serta memiliki 34 penampilan dengan Palace. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI