fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 5 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, empat negeri tersebut ialah Pulau Pinang, Perak (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama) dan Negeri Sembilan (Tampin).

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Melaka dan Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat),” menurut hantaran MetMalaysia, hari ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI