PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim tiba di Dataran Putrajaya pada pukul 8 pagi sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67.
Seri Paduka Baginda turut diiringi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba pada pukul 7.54 pagi bersama beberapa orang kenamaan.
Sambutan berkenaan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar Rukun Negara.
Sementara itu, acara perbarisan pada kali ini melibatkan 13,009 peserta persembahan dan perarakan, 112 haiwan dalam perkhidmatan, 439 aset darat dan udara daripada pelbagai agensi. – KOSMO! ONLINE