PETALING JAYA – Orang ramai mula berkampung di Putrajaya seawal pukul 8 malam tadi bagi menyaksikan perarakan sempena Hari Kemerdekaan hari ini.
Menerusi beberapa klip video yang dikongsi di laman media sosial, kelihatan orang ramai sanggup memasang khemah, membentang tikar di sekitar laluan perarakan pagi nanti.
Malah, ada yang turut membawa ahli keluarga ‘berkampung’ di kawasan berkenaan bagi mendapatkan ‘view’ yang jelas untuk menyaksikan perarakan esok.
Difahamkan, selain menyaksikan perarakan esok, orang ramai juga sedang menunggu kemungkinan ada pertunjukkan bunga api di sekitar Dataran Putrajaya tengah malam ini.
“Rakyat Malaysia sudah mula berkampung di dataran Putrajaya untuk menanti sambutan hari kemerdekaan,”tulis Malaysia Networks di laman Facebooknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mendakwa orang ramai mula berkumpul di sekitar kawasan Dataran Putrajaya seawal pukul 6 petang lagi.
“Pukul enam petang tadi pun dah ada yang ‘cop’ tempat dan pasang khemah di situ untuk mendapatkan ‘view’ menarik esok,”kata Hafiz Shah.
Turut meninggalkan komen adalah seorang pengguna dikenali sebagai Nor Fadilah Abd Manap.
“Meriahnya, seronok tengok. Semoga dipermudahkan segala urusan,”tulisnya.-KOSMO! ONLINE
@radiotelevisyenmalaysia Tinggal lagi beberapa jam sebelum bermulanya Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putra, Putrajaya ✌🏻😘 #HariKebangsaan2024 #JiwaMerdeka #MalaysiaMADANI #HariKebangsaanRTM ♬ original sound – RTM Malaysia Official