fbpx

Kanak-kanak pun ada majlis pertunangan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki menyarungkan cincin tunang. - TikTok @yuliansar1

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan majlis pertunangan dua kanak-kanak di Balikpapan, wilayah Kalimantan Timur sehingga mencetuskan kekecohan di media sosial, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @yuliansar1, seorang kanak-kanak lelaki dilihat berlutut sambil menyarungkan cincin tunang kepada kekasihnya.

Bahkan, pasangan bawah umur itu mengenakan warna pakaian yang sama semasa acara itu berlangsung. 

Meskipun sekadar bertunang, ia kelihatan mewah kerana dihiasi dengan lampu dan bunga warna-warni. 

Video itu meraih lebih 400,200 tontonan dan tindakan pasangan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Saya yang berumur 21 tahun pun sibuk menonton filem Upin Ipin,” sindir seorang netizen. 

“Masa kecil, tengok orang dewasa bertunang. Bila dah dewasa, tengok kanak-kanak betunang,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI