fbpx

EPL: Lukaku akhiri status pemain pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU menjadi pemain tetap Napoli selepas melengkapkan perpindahan dari Chelsea menerusi kontrak selama tiga tahun. - AFP

NAPLES – Penyerang Chelsea, Romelu Lukaku berjaya melengkapkan perpindahannya ke Napoli dengan nilai £38 juta (RM216.20 juta) sekali gus mengakhiri semua hubungannya dengan Stamford Bridge.

Rundingan sepanjang minggu lalu berlangsung dengan positif dan berakhir dengan persetujuan Chelsea untuk menerima nilai yang ditawarkan sekali gus membolehkan Lukaku kembali bergabung dengan bekas pengurusnya, Antonio Conte.

Napoli bersetuju untuk membayar nilai sebanyak £26 juta (RM147.93 juta) dengan tambahan nilai sebanyak £12 juta (RM68.27 juta) berdasarkan persembahannya selama tiga tahun kontraknya di kelab tersebut.

Perjanjian tersebut menyaksikan Lukaku beraksi untuk kelab ketiga di Serie A Itali seleoas menghabiskan tempoh pinjaman selama dua musim sebelum ini bersama Inter Milan dan AS Roma.

Chelsea sebelum ini membayar Inter dengan nilai £97.5 juta (RM554.74 juta) untuk mendapatkan khidmatnya pada Ogos 2021 dan hanya berjaya meledak 15 gol dalam 44 penampilan sebelum khidmatnya disisihkan The Blues sejak Mei 2022.

Conte yang pernah bekerjasama dengan Lukaku ketika di Inter sebelum ini menyatakan minat terhadap khidmat penyerang itu ketika Napoli juga berdepan situasi tidak menentu apabila penggempur mereka, Victor Osimhen dilapor bakal meninggalkan kelab itu.

Napoli memulakan aksi Serie A musim ini dengan langkah tempang apabila tewas 0-3 kepada Verona, namun mereka bangkit mencatat kemenangan 3-0 ke atas Bologna pada perlawanan kedua Ahad lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI