fbpx

Sabah dilanda hujan lebat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang akan melanda Sabah malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah.

“Antara kawasan yang terlibat dengan cuaca buruk itu ialah Sandakan (Telupid dan Beluran),” lapor MetMalaysia.

Sementara itu, MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI