fbpx

Jaguh berbasikal para tetap membanggakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSUF tetap berbangga dengan pencapaiannya meskipun tidak berjaya meloloskan diri ke pentas final semalam.

JURULATIH berbasikal para negara, Sallehudin Mohd. Noh menganggap jaguh berbasikal para, Muhammad Yusof Hafizi Shaharuddin telah memenuhi jangkaan yang ditetapkan selepas berjaya memperbaiki catatan peribadi dicatat pada Kejohanan Dunia Glasgow 2023.

Meskipun impian atlet berusia 26 tahun itu untuk beraksi di final individu lelaki C1 (kecacatan fizikal) 3,000 meter pursuit pada Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak tercapai, namun dia tetap menunjukkan peningkatan prestasinya dengan catatan masa tiga minit (m) 55.254 saat (s).

“Alhamdulillah Yusof Hafizi telah memperbaiki catatan peribadi ydibuat pada kejohanan Dunia Glasgow 2023. Jangkaan menepati keputusan perlumbaan dengan sasaran telah ditetapkan iaitu menduduki tempat ke-5 bagi acara MC1 3,000,” ujar Sallehudin kepada Kosmo! hari ini.

Pada pusingan kelayakan berlangsung di Velodrome Saint-Quentin-En-Yvelines kelmarin, Yusof menduduki tempat kelima daripada tujuh pelumba dan gagal melayakkan diri ke pusingan final.

Begitupun, Yusof tetap berbangga kerana berjaya memperbaharui rekod peribadi yang sebelum ini dicatatkan dengan masa 4 minit 1.314s pada Kejohanan Trek Berbasikal Para Dunia 2024 di Rio de Janeiro, Brazil.

“Saya bangga dengan usaha saya dan berharap untuk terus bangkit serta tidak mudah mengalah kerana masih banyak lagi acara akan saya sertai di sini,” jelasnya kepada Bernama.

Pencapaian itu juga menyaksikan Yusof memperbaiki prestasi sewaktu penampilan sulung di Paralimpik Tokyo 2020 di mana dia menamatkan pusingan kelayakan di tangga ketujuh.

Atlet dari Kuala Kangsar, Perak itu akan meneruskan cabaran dalam dua acara lebuh raya iaitu ujian masa individu lelaki C1 dan perlumbaan lebuh raya lelaki C1-3 berlangsung hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN