fbpx

Operasi Salvaj guna kepakaran swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled.

KLUANG – Kerja-kerja Operasi Salvaj kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Pendekar yang tenggelam selepas mengalami kebocoran akibat melanggar objek bawah air pada 25 Ogos lalu akan menggunakan kepakaran swasta.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, apa yang dilakukan melalui Operasi Salvaj adalah usaha awal pihak TLDM untuk mengeluarkan peralatan penting seperti persenjataan serta perkara berkaitan rahsia negara.

Katanya, secara kebiasaannya kerajaan akan mengambil pihak luar untuk melakukan kerja-kerja seperti ini kerana mereka mempunyai kepakaran berkaitan kerja-kerja sedemikian.

“Siasatan berkaitan insiden kebocoran kapal itu dijangka diperolehi dalam tenpoh sebulan dan akan dimaklumkan sebaik diperolehi manakala punca kematian anggota penyelam masih belum diperolehi daripada pihak TLDM,” katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Pelancaran Program e-Perkasa SPM Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Kem Mahkota, Kluang hari ini

Sementara itu, seramai 969 orang anak anggota tentera yang bersekolah di luar kem tentera dan akan menghadapi peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di seluruh negara menerima manfaat melalui program e-Perkasa SPM ini.

Ujarnya, program sulung dengan kerjasama Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang menggunakan cara atas talian membolehkan semua pelajar terlibat mengakses pembelajaran pada bila-bila masa atau menetapkan masa bersesuaian untuk mereka mengikuti pembelajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI