fbpx

Harimau Malaya ‘asah taring’ bertemu All Whites

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang sensasi, Chris Wood antara salah seorang pemain yang berpotensi menguji benteng Harimau Malaya nanti. - Foto ihsan New Zealand Football

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan skuad Harimau Malaya bakal menentang negara ranking ke-94 dunia, New Zealand pada perlawanan persahabatan antarabangsa, Oktober depan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, skuad kendalian Pau Marti akan berdepan All Whites pada perlawanan di Stadium North Harbour, Auckland pada Isnin, 14 Oktober nanti.

“Kali terakhir skuad Harimau Malaya bertemu New Zealand ialah 18 tahun yang lalu iaitu ketika skuad yang dibimbing Norizan Bakar ketika itu tewas 1-0 pada aksi persahabatan pertama di Christchurch pada 19 Februari 2006.

Harimau Malaya turut tewas 2-1 pada aksi persahabatan kedua di Auckland pada 23 Februari 2006,” kata kenyataan tersebut.

Skuad Harimau Malaya yang berada di ranking ke-134 dunia berpeluang untuk memperbaiki mata ranking FIFA apabila bakal berdepan Filipina, pada aksi Pestabola Merdeka, 4 September depan.

Jika menang ke atas Filipina, skuad negara akan menentang sama ada Tajikistan (ranking 103) atau Lubnan (ranking 116) di pentas final pada 8 September nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN