fbpx

[VIDEO] Kes mula awal: Keluarga Nur Farah hadir namun tidak sempat ikuti prosiding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga Nur Farah yang hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/KOSMO!

HULU SELANGOR – Keluarga kepada Nur Farah Kartini Abdullah hari ini agak terkilan apabila tidak sempat mengikuti prosiding sebutan semula semula kes bunuh anggota polis berpangkat Lans Koperal Muhammad Alif Monjani yang didakwa membunuh Nur Farah.

Menurut abang Nur Farah, Mohd. Farriza Azmi, 28, keluarganya tiba di mahkamah tepat pada pukul 9 pagi namun tidak sempat melihat prosiding itu.

“Kes disebut start (mula) awal kami tidak sempat masuk,” katanya yang turut hadir bersama ibunya Salmah Abdullah, 57.

Sementara itu sepupu Nur Farah, Suzur Sofia Smeth Jaya, 33, yang turut hadir mengatakan dia juga tidak sempat mengikut prosiding itu.

“Mak dengan abang (Nur Farah) memang datang nak tengok..saya sebelum ini memang sudah datang..tapi nak buat macam kita tunggu next (seterusnya) prosiding (7 Oktober),” katanya.

Terdahulu Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru di sini hari ini menetapkan 7 Oktober bagi sebutan semula kes anggota polis berpangkat Lans Koperal Muhammad Alif Monjani yang didakwa membunuh teman wanitanya Nur Farah Kartini Abdullah.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Asmah Che Wan memaklumkan laporan kimia berhubung kes itu belum diperoleh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI