fbpx

Bomba sado meriahkan Hari Kebangsaan, yang lain berjuang cari Vijayaletchumy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi SAR mencari mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sudah memasuki hari kelapan hari ini.

PETALING JAYA – Dalam kesibukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat persiapan bagi menyamput Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya pada esok, sebahagian daripada anggotanya masih berjuang dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

“Bomba lain sedang meraikan merdeka, yang sado-sado keluar (ikut perarakan), bomba yang ini bergadai nyawa teruskan usaha cari mangsa tanah jerlus. Terbaik la pada semua yang terlibat. Inilah erti merdeka yang sebenar”.

Itu antara reaksi orang ramai ketika menonton beberapa rakaman video memaparkan penat lelah anggota JBPM dalam mencari mangsa pelancong India, G Vijaya Lakshmi, 48, yang dikhuatiri terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India pada Jumaat lalu.

Difahamkan, operasi SAR yang memasuki hari kelapan hari ini masih memfokuskan kepada usaha untuk merungkai ‘backlog’ membabitkan timbunan sepanjang 15 meter di lurang kumbahan di Wisma Yakin, kira-kira 44 meter dari lokasi utama kejadian yang dikesan semalam.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @kaptenkatak, ramai tersentuh melihat kesukaran yang dihadapi pasukan SAR apabila ada yang terpaksa bertahan berdepan arus kuat dalam lurang kumbahan di lokasi kejadian demi tugas dan tanggungjawab.

“Aku tak dapat tahan air mata, hebat hero-hero kita. Terima kasih bomba, polis, pihak berkuasa yang turun membantu siang malam demi kejayaan operasi kali ini,” kata Shafiqah.

“Ya Allah, lindungilah mereka semua. Permudahkan usaha mereka. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Inilah wira kita,” kata Zambri. – KOSMO! ONLINE

@kaptenkatak Replying to @susyianti15 ♬ original sound – kaptenkatak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI