fbpx

[VIDEO] Air mata Faisal Halim gugur di FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL Halim (tengah) kelihatan ceria apabila berpeluang bertemu rakan-rakan yang memulakan hari pertama latihan pusat Harimau Malaya di Wisma FAM, hari ini. - FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Arena futsal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadi saksi kesetiaan Faisal Halim apabila hadir memberikan sokongan moral kepada rakannya dalam skuad Harimau Malaya yang memulakan hari pertama latihan pusat menjelang Pestabola Merdeka, Rabu ini.

Selain berpeluang untuk mengukir senyuman bersama pemain lain, ‘air mata jantan’ Faisal turut gugur sejurus ditanya mengenai kerinduannya untuk bersama Harimau Malaya.

“Sebenarnya saya sedih sebab saya tak dapat bersama pasukan. Saya sudah banyak tahun (bersama Harimau Malaya), inilah tempat saya berjuang untuk pasukan kebangsaan dengan rakan-rakan dan jurulatih.

“Tapi hari ini saya datang sebagai tetamu melihat rakan berlatih,” kata yang dibawa khas oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membuat kejutan kepada barisan kejurulatihan dan pemain Harimau Malaya.

FAISAL Halim bergambar bersama seluruh pasukan Harimau Malaya dan pucuk pimpinan tertinggi FAM. – FARIZ RUSADIO

Peluang melepaskan rindu terhadap Harimau Malaya jelas menghadirkan motivasi buat Faisal yang makin bersemangat untuk kembali beraksi di pentas antarabangsa.

“Saya berasa tak lama lagi saya akan kembali, InsyaAllah. Saya harap semua dapat doakan dan saya tak sabar untuk kembali.

“Saya datang hari ini selepas Datuk Hamidin Mohd Amin (Presiden FAM) hubungi saya semalam bagi memberikan semangat kepada rakan sepasukan dan saya pun rindu saat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI