fbpx

KKM, MOSTI laksana projek MyGenom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang (duduk dua kiri) dan Dzulkefly (duduk dua kanan) bersama peserta yang hadir pada Majlis Pelancaran MyGenom di Institut Kesihatan Negara, Shah Alam. Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kerajaan akan mewujudkan data penjujukan genom rakyat di negara ini sebagai rujukan rawatan kesihatan yang lebih tepat.

Ini dilaksanakan menerusi kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Projek MyGenom.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, data akan memberikan gambaran lebih jelas terhadap perkara seperti menetapkan garis asas variasi genetik, meningkatkan perubatan tersuai dan memberi panduan kepada strategi kesihatan awam.

“Kebanyakan kajian mengenai genomik manusia adalah terhadap populasi Eropah, Amerika atau Asia Timur. Sebagai negara yang kaya dengan kepelbagaian etnik, budaya dan warisan, Malaysia memiliki potensi unik dalam kajian populasi genomik.

“Sehingga kini kepelbagaian etnik ini kurang diwakili dalam mana-mana pangkalan data genomik yang ada,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek MyGenom di Institut Kesihatan Negara, hari ini.

Beliau menjelaskan pada peringkat awal atau fasa pertama kerjasama MOSTI dan KKM akan menyasarkan pengumpulan sebanyak 3,500 sampel genom yang diambil di 10 lokasi pusat darah di seluruh negara.

Ujarnya, ia kemudiannya akan dianalisis dengan jangkaan akan memperoleh 2,500 sampel genom normal yang sihat dan selebihnya berkemungkinan mempunyai penyakit-penyakit kronik.

“Sebanyak 10,000 sampel genom sihat dan normal akan dikumpulkan pada akhir projek dan kita akan memasukkan projek tersebut sebagai sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, Lih Kang memaklumkan pelaksanaan projek tersebut adalah selaras dengan Dasar Bioteknologi Negara 2.0, Program Perdana 4 yang menggariskan penggunaan biologik, teknologi omik dan terapi bersasar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI