fbpx

Tanah jerlus: Orang awam dilarang lepasi halangan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulizmie pada sidang akhbar di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Orang ramai sekali lagi diingatkan agar menjauhi lokasi insiden tanah jerlus yang sedang dilakukan usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, larangan itu susulan kerja-kerja di dua lokasi iaitu tanah jerlus dan mendapan yang sedang dijalankan setakat ini.

“Polis mengambil langkah menutup laluan sepanjang Jalan Masjid India bermula dari lokasi kejadian sehingga ke Semua House, bagaimanapun dilihat masih ramai yang tidak mengikuti arahan ini.

“Penutupan ini dijalankan susulan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak memasuki laluan yang diletakkan pita keselamatan.

“Patuhi nasihat anggota polis, jangan sewenangnya melalui kawasan yang tidak dibenarkan. Elakkan mendekati lokasi berkenaan terutamanya lokasi yang mana pasukan penyelamat sedang menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR) ketika ini,” katanya.

Jumaat lalu, seorang wanita warganegara India dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Dalam pada itu, satu lagi insiden tanah mendap dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI