LIVERPOOL akan dimahkotakan sebagai juara Liga Perdana Inggeris buat pertama kali sejak 1990 dan bakal menerima trofi dan medal kejuaraan di Stadium Anfield awal pagi esok.
Seramai 22 pemain The Reds akan menerima medal kejuaraan tersebut sebaik sahaja tamat aksi menentang Chelsea di laman sendiri nanti.
Trofi dan medal itu akan diserahkan pada majlis istimewa dengan kapten The Reds, Jordan Henderson bakal menjulang piala berkenaan di atas pentas yang dibina khas di Anfield.
Henderson memberitahu, dia yang dipertanggungjawabkan untuk menjulang trofi kejuaraan itu nanti menyifatkan ia sebagai peluang untuk membalas sokongan padu penyokong Liverpool selama ini.
“Kami menjulang kejuaraan ini untuk anda (penyokong). Anda semua menjadi faktor mendorong kami untuk mencapai impian ini.
“Bagaimanapun, kelab ini mengutamakan nilai-nilai tentang saling menjaga antara satu sama lain, dalam erti kata lain sokonglah kami dari rumah dan dalam persekitaran yang selamat,” kata Henderson. – K! ONLINE