fbpx

Paralimpik Paris: Juara bertahan langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIEK HOU menepati ramalan mencatat kemenangan mudah 21-10, 21-6 ke atas wakil Poland, Bartlomiej Mroz hari ini. - FB CHEAH LIEK HOU

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou memulakan misi mempertahankan emas dengan langkah kanan pada Sukan Paralimpik Paris 2024 apabila mencatat kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan A perseorangan lelaki SU5.

Pada perlawanan yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris hari ini, pemain No.1 dunia itu tidak berdepan kesukaran apabila mencatat kemenangan mudah 21-10, 21-6 ke atas wakil Poland, Bartlomiej Mroz.

Kemenangan itu sekali gus memberi suntikan semangat buat Liek Hou menjelang perlawanan kedua menentang pemain tuan rumah, Meril Loquette yang dijadualkan berlangsung esok sebelum bertemu pencabar sebenar dari Indonesia, Suryo Nugroho 31 Sabtu nanti.

Turut mencatat kemenangan dalam acara perseorangan lelaki SU5 hari ini adalah Muhammad Fareez Anuar yang menewaskan pilihan kedua kejohanan dari Taiwan, Fang Jen Yu 21-14, 21-18 bagi saingan Kumpulan B.

“Kalau Liek Hou memang kita jangka menang kerana atas kertas dia boleh menang lawan Poland. Fareez sedikit sukar kerana bertemu Jen Yu yang merupakan ranking kedua dunia tetapi Alhamdulillah dapat menang straight set,” kata jurulatih pasukan negara, Nova Armada.

Sebagai rekod, hanya dua pemain teratas dalam setiap kumpulan akan melayakkan diri ke pusingan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung 1 September depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI