fbpx

EPL: Arsenal buat kejutan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ menjadi pilihan terakhir Arsenal untuk mendapatkan penyerang selepas gagal mendapatkan khidmat beberapa pemain buruan mereka. - AFP

LONDON – Ketika tempoh jendela perpindahan semakin hampir ke penghujung, Arsenal dilapor melakukan kejutan apabila enggan berputus asa untuk mendapatkan khidmat seorang penggempur dengan menyenaraikan pemain Liverpool sebagai pemain buruan mereka.

The Gunners dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat Darwin Nunez yang dilapor tidak mendapat tempat selepas Liverpool dikemudi oleh Arne Slot ketika ini apabila hanya beraksi selama 18 minit dalam dua perlawanan setakat ini.

Perkembangan itu menyaksikan Arsenal cuba mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Uruguay bagi memenuhi keperluan mereka mendapatkan seorang penyerang tulen selain isu kecederaan Gabriel Jesus ketika ini.

Jendela perpindahan kali ini menyaksikan Arsenal dikaitkan dengan beberapa penyerang termasuk Benjamin Sesko, Victor Osimhen dan Victor Gykores, namun tidak menjadikan kenyataan menyebabkan tumpuan mereka ketika ini teralih kepada Nunez.

Nunez menjadi pemain termahal pernah dibeli The Reds ketika melengkapkan perpindahan dari Benfica pada musim panas 2022 dan berjaya meledak 33 gol dalam 97 penampilan di Anfield, namun ia tidak dianggap pencapaian yang baik oleh para peminat pasukan itu.

Biarpun dianggap harga yang dibeli tidak menyamai pencapaian yang dihasilkan, Liverpool tidak bersedia melepaskan pemain berusia 25 tahun itu dengan nilai diskaun besar-besaran sebaliknya mahukan lebih £73 juta (RM419.70 juta) untuk bersedia memulakan rundingan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI