fbpx

Tanah jerlus: Penduduk bimbang keselamatan, harap tiada keperluan berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malayan Mansion antara kediaman yang berdekatan dengan lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, menyebabkan penduduk di kawasan berdekatan tumpuan pelancong itu bimbang akan keselamatan mereka.

Penduduk Malayan Mansion, Tellbulz, 47, berkata, perasaan untuk berpindah keluar dari kediaman tersebut ada, tetapi terdapat faktor yang menghalang tindakan itu.

Kata lelaki berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu, dia bersama rakan rumahnya gelisah sejak hari pertama insiden tersebut berlaku.

“Memang ada rasa risau dengan keselamatan (disebabkan tanah jerlus), rasa nak pindah juga ada tapi tiada masa dengan duit.

“Sekarang ini jalan nak pergi ke tempat kerja ambil laluan jauh sebab elak garisan kuning polis,” katanya kepada Kosmo!.

Sementara itu, pengunjung dari Sabah, Madi, 30-an berkata, kejadian tanah jerlus itu diketahui selepas tular di media sosial baru-baru ini.

“Saya datang Kuala Lumpur atas urusan kerja dua hari dan selalu turun sini (Jalan Masjid India). Sekarang pula musim hujan jadi nak lalu tengah jalan rasa takut jadi tawakal ikut kaki lima kedai sahaja.

“Kejadian ini tahu dekat media sosial, saya harap dapat jumpa cepat mangsa,” ujarnya.

Sementara itu, pelancong dari Filipina, Najiyah Ismail, 30, berkata, kejadian tanah jerlus itu secara tidak langsung memberikannya sedikit kerisauan untuk kembali bercuti di ibu negara.

“Sedikit sebanyak risau juga untuk kembali ke ibu negara, selalu saya datang ke sini (Jalan Masjid India) untuk urusan kerja.

“Selalu lalu di sini, tapi semalam terkejut pula bila sampai sini ada tali halangan kuning polis,” katanya.

Jumaat lalu, media melaporkan seorang pelancong wanita dari India dikenali sebagai Vijaya Lakshmi Goli, 48, dikhuatiri terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI