fbpx

‘Keliru antara sayang dan bodoh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Saya keliru kak. Keluarga memang tak boleh terima suami dah sebab dia suka main perempuan dan suka maki-maki saya. Tapi saya masih sayangkan suami. Macam mana nak buat, kak?.”

Itu antara perkongsian Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali di Facebooknya, tentang aduan daripada seorang wanita mengenai masalah rumah tangga yang dihadapi.

Meneruskan perbualan tersebut, Suzana sempat bertanya, apa yang menyebabkan wanita berkenaan yang juga kliennya itu masih sayangkan suami walaupun diperlakukan sedemikian.

“Sebab dia bagi saya kasih sayang,” jawab wanita itu ringkas.

Jawapan kliennya itu menyebabkan Suzana sedikit geram dan mempertikaikan tindakan wanita terbabit.

“Bagi kasih sayang apa kalau awak dah beritahu dari awal dia memang suka maki-maki awak?,” balas peguam tersebut.

Perkongsian peguam berkenaan mengundang rasa tidak senang orang ramai yang rata-rata marah dengan tindakan wanita itu yang disifatkan sebagai tidak bijak.

Malah, ada juga yang mengatakan, kliennya itu tidak perlu dibantu berikutan dia sendiri tidak berusaha untuk keluar daripada masalah tersebut.

“Dia keliru antara sayang dan bodoh,” selar Emy Lia.

“Ada orang, walaupun dia mengadu tapi kita tak perlu tolong pun. Kadang-kadang dengar pun tak payah,” ujar Athirah Dalilah Johari.

“Ada jugak spesis macam ni. Sayang dalam makian. Perempuan macam ni tak boleh hidup tanpa lelaki,” kata seorang pengguna.

“Sayang tak kena tempat. Dizalimi pun masih setia. Renung-renungkan,” komen seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI