fbpx

Pengakhiran karier F1 Logan Sargeant

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARGEANT gagal mempamerkan aksi terbaik musim ini menyebabkan tempatnya digantikan oleh Colapinto. - AFP

LONDON – Perjalanan karier Logan Sargeant dalam perlumbaan Formula Satu (F1) bersama pasukan Williams berakhir selepas tempatnya akan diambil alih serta merta oleh pelumba berusia 21 tahun dari Argentina, Franco Colapinto.

Pasukan Williams membuat keputusan untuk membawa masuk pelumba Formula Dua (F2), Colapinto pada Grand Prix (GP) Itali hujung minggu ini dan juga baki sembilan perlumbaan terakhir tahun ini.

Colapinto telah menjadi pemandu junior Williams sejak awal 2023 malah telah menyertai ujian pemandu muda di Abu Dhabi musim lalu serta membuat debut FP1 untuk Williams di Silverstone pada bulan Julai.

“Menyertai Williams dalam perlumbaan berprestij seperti F1 merupakan satu penghormatan untuk saya. Ini adalah apa yang saya impikan selama ini.

“Pasukan ini mempunyai sejarah yang sangat menakjubkan dan saya tidak sabar untuk menjadi sebahagian misi pasukan terutama kembali memberi tentangan di kelompok hadapan.

“Sudah pasti, bersaing di pertengahan musim F1 akan menjadi cabaran besar buat saya, tetapi saya bersedia untuk menghadapi cabaran ini, dan saya benar-benar fokus untuk bekerja keras bersama Alex [Albon] dan pasukan untuk memastikan kejayaan pasukan ini,” kata Colapinto.

Sebelum ini, ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff dan Christian Horner dari Red Bull telah menawarkan pemandu simpanan mereka iaitu Mick Schumacher serta Liam Lawson kepada Williams untuk menggantikan tempat Sargeant.

Bagaimanapun, Williams memilih untuk membawa masuk Colapinto yang dilihat mempunyai potensi besar untuk menjadi pelumba terbaik dunia satu hari nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI