fbpx

2 maut, seorang cedera tayar pesawat meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan pasukan kecemasan yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta. - WSB-TV2

ATLANTA, GEORGIA – Sekurang-kurangnya dua kakitangan terbunuh, manakala seorang lagi cedera selepas tayar sebuah pesawat Delta Airlines meletup di pusat operasi teknikal di Atlanta, lapor agensi berita United Press International semalam. 

Kemudahan itu terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta dan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan serta pembaikan untuk pesawat Delta. 

“Delta berduka cita dengan kehilangan dua kakitangan kami dan seorang lagi yang cedera parah dalam insiden pagi tadi (semalam) di kemudahan Penyelenggaraan Operasi Teknikal Atlanta. 

“Kami memberikan sokongan penuh kepada ahli keluarga dan rakan sekerja mangsa pada masa yang sukar ini,” kata seorang pegawai Delta kepada stesen penyiaran NBC News.

Pegawai Delta dan pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan dan tidak menyatakan sama ada tayar itu dipasang pada jenis pesawat tertentu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI